Perjalanan kerjaya Stock Aitken Waterman

Setelah bertemu dengan Matt Aitken dan Mike Stock, Peter Waterman menghubungi kedua-duanya pada 15 Januari 1984. Aitken dan Stock bekerjasama sebagai penerbit di bawah syarikat yang baru dibentuknya, Pete Waterman Limited (PWL). Hasil kerjasama mereka berjaya menempatkan lagu Anna Maria Lena yang dinyanyikan oleh penyanyi Greece, Andy Paul pada Mei 1984 menerusi Eurovision Song Contest. Pada mulanya, Stock, Aitken & Waterman menumpukan kepada genre Hi-NRG. Antara lagu ciptaan mereka yang bergenrekan Hi-NRG ialah "You Think You're a Man" (Divine) dan "Whatever I Do" oleh Hazell Dean. Puncak kejayaan Kerjaya mereka tiba setelah lagu mereka, "You Spin Me Round (Like a Record)" yang dibawakan "Dead or Alive" mendapat tangga pertama di carta single UK.

Kejayaan Dead or Alive dan gaya muzik Stock, Aitken & Waterman menarik perhatian kumpulan pop wanita Bananarama. Salah seorang anggotanya, Siobhan Fahey melahirkan niatnya kepada Stock, Aitken & Waterman untuk merakam semula lagu "Venus" yang pernah dibawakan Shocking Blue. Di Amerika Serikat, lagu "Venus" dari Bananarama berjaya menakluk tangga pertama di Billboard Hot 100. Trio Stock Aitken & Waterman akhirnya menjadi penerbit utama Bananarama. Kolaborasi bersama Bananarama menghasilkan sejumlah lagu-lagu popular seperti , "Love in the First Degree", "I Can't Help It", dan "I Heard a Rumour".